Taklimat Keselamatan Siber & Advokasi Di SK Abg Ali

28 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 27 September 2019, Jumaat, Pusat Internet Kg. Bandong telah menganjurkan Taklimat Keselamatan Siber & Advokasi di SK Abang Ali Sibu yang bertempat di makmal komputer sekolah tersebut. Program ini berlangsung pada pukul 8:00 pagi sehingga 10:00 pagi.

Beberapa staf dari Pusat Internet yang terdekat seperti Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang dan Pusat Internet Bawang Assan juga turut serta dalam menjayakan program ini. Seramai 111 orang pelajar tahun 6 dan 6 orang guru terlibat sama dalam program ini. Program yang dijalankan selama 2 jam ini merangkumi aktiviti seperti Pengenalan kepada Pusat Internet dan Advokasi, Oversharing, maklumat palsu, buli siber dan keselamatan komputer.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mewujudkan kesedaran mengenai pentingnya penggunaan internet secara positif dan melahirkan semangat kerjasama antara peserta program melalui sesi soal jawab advokasi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali